Monday, March 24, 2008

KENAPA RAKYAT MALAYSIA DIPERBODOH OLEH KERAJAAN

PERSOALANNYA:
KENAPA RAKYAT MALAYSIA DIPERBODOH OLEH KERAJAAN??


Baru baru ini dalam akhbar tempatan, kerajaan telah keluarkan satu statistik kononnya harga minyak di malaysia adalah yang paling rendah di rantau ini.
Kemudian mereka membandingkan harga minyak malaysia dengan harga minyak di Thailand, Singapore, Filipina dan vietnam.Persoalan sekarang apakah asas perbandingan tersebut sedangkan negara negara tersebut bukan pengeluar minyak? Hujah seperti inilah yang digunakan oleh barisan nasional untuk memperbodohkan orang kampung.

nak tau harga minyak di Indonesia ialah 4500 rupiah = RM1.61 jerr...
Ok, disini fakta yang semua orang kena tahu.
Pertama sekali sila lihat perbandingan harga minyak malaysia dan negara negara pengeluar minyak yang lain:-

Negara Harga minyak seliter (dalam RM)

Malaysia RM1.92
Iran RM0.29
Venezuela RM0.16
Turkemenistan RM0.39
Arab Saudi RM0.19
Mesir RM0.81

Dari data di atas, membuktikan propaganda kerajaan adalah palsu dan tidak benar.
Kesemua negara pengeluar minyak di atas, harga minyak adalah di bawah RM1.00 seliter.
Ada sesetengah alasan mengatakan keluaran minyak kita tak sebanyak arab saudi yang mengeluarkan sejuta tong sehari..Menurut kerajaan, pengeluaran minyak kita adalah dalam lingkungan 700 ribu tong sehari.Oleh itu kalau berdasarkan ratio pengeluaran minyak antara arab saudi dan malaysia 1 juta : 700 ribu, sepatutnya harga minyak malaysia dalam lingkungan RM0.30 sen sahaja.

Kenapa arab saudi boleh kekalkan harga minyak pada 0.19 sen seliter tapi malaysia pada 1.92 sen? Bukan kah jauh bezanya? Bagaimana pula dengan venezuella yang jumlah penduduk hampir sama dengan malaysia boleh kekalkan harga minyak pada 0.16 sen seliter sahaja? Ini menunjukkan ada sesuatu yang tak kena dalam menguruskan hasil minyak dalam negara.

Ketika dato seri anwar ibrahim menjawat jawatan menteri kewangan malaysia pada tahun 1991-1998, harga minyak di kekalkan pada 1.10 sen seliter. Bagaimana beliau boleh mengekalkan harga minyak selama lapan tahun sedangkan harga minyak dunia naik mendadak ketika perang teluk di iraq? Pada masa yang sama juga pembangunan dan projek projek banyak juga di jalankan dalam negara tanpa perlu naikkan harga minyak.

Tapi pemimpin kerajaan beri alasan untuk naikan harga minyak supaya duit tersebut dapat tampung projek pembangunan.
Masalah sekarang projek pembangunan untuk faedah siapa? Rakyat atau kroni? Berapa kerat orang yang dapat faedah dari koridor pembangunan di sana sini?
Subsidi minyak yang di tanggung kerajaan mencapai 35 billion
setahun. Barisan Nasional bersungguh sungguh untuk mengurang kan subsidi
minyak ini kerana kalau harga minyak tidak di naikkan dengan segera ianya akan mengganggu peruntukan kerajaan bagi membangunkan koridor koridor di seluruh negara yang bernilai ratusan billion.

Yang orang asyik berhujah ialah harga minyak perlu di naikkan kerana harga minyak dunia telah naik.
Ada yang mengatakan ia masalah global. So yang kita kita fikir ialah kenapa nak risau tentang harga minyak dunia yang melambung naik kerana sepatutnya sebagai negara pengeluar minyak, malaysia seharusnya gembira kerana bila harga minyak dunia naik, pendapatan petronas jadi berlipat ganda.
So apa masalahnya? Walaupun malaysia ada mengimport minyak dari luar untuk kegunaan tempatan, tapi bila dah net off dari pendapatan export, masih untung besar lagi.
Adakah negara akan bankrupt kalau turunkan harga minyak?? Sudah tentu tidak.
Sila lihat statistik di bawah:-

Allocation untuk mega projek:-

Koridor utara : RM17.5 billion
Koridor timur : RM112 billion
Wilayah iskandar :RM47 billion
Koridor sabah :105 billion
Koridor Serawak :107 billion

Bila kerajaan membuat pelan untuk pembangunan projek di atas, sudah tentulah kerajaan mempunyai wang yang banyak. Jadi,jika kerajaan sanggup membelanjakan ratusan billion untuk projek pembangunan seperti di atas yang hanya boleh di manafaatkan oleh segelintir rakyat sahaja, kenapa nak tampung subsidi 35 billion setahun pun tak mampu? Mana yang lebih penting? Mana yang perlu di utamakan? Kebajikan rakyat atau projek mega?

Bila menteri menteri beri komen tentang ekonomi, semuanya berkata yang bagus bagus, tapi bila bercakap soal subsidi minyak, dah cakap lain pulak.
So kalau Dato Najib kata turunkan harga minyak akan buat negara bankrup,bagaimana projek ratusan billion di atas? Tak bankrup kah negara dengan projek ratusan billion tersebut? Perlu di ingat bahawa di samping pendapatan hasil petroleum, negara juga mempunyai hasil dari sumber lain seperti getah, sawit, taxation, balak dan lain
lain.
Pendapatan tahunan negara kalau di ambil kira harga minyak yang melambung naik bakal mencecah 200 billion setahun. Dari jumlah tersebut susah sangat ke nak sumbangkan 50 billion untuk beri subsidi pada rakyat?

Kepada semua tepuk KEPALA tanya AKAL!.

Ni korang compare dengan Turkmenistan.

Oil - production: 196,700 bbl/day (2005 est.)
GDP - per capita (PPP): $9,200 (2007 est.)

https://www.cia.gov/library/publications/the-world-factbook/geos/tx.html

https://www.cia.gov/library/publicat...s/tx.html#Econ

Ni Malaysia punya

Oil - production: 751,800 bbl/day (2005 est.)
GDP - per capita (PPP): $14,400 (2007 est.)

https://www.cia.gov/library/publications/the-world-factbook/geos/my.html

https://www.cia.gov/library/publications/the-world-factbook/rankorder/2176rank.html







=================================================================

NEGARA BANGKRAP JIKA HARGA MINYAK DITURUNKAN?(Najib said)
Terdapat pihak yang mengatakan bahawa adalah mustahil untuk menurunkan harga minyak kerana harga minyak sedang meningkat naik di peringkat global. Timbalan Perdana Menteri menyatakan negara akan bangkrap jika harga minyak diturunkan....


Untuk kenyataan seperti ini kita patut tanyakan terlebih dahulu. Adakah kerajaan sebenarnya tidak mampu menanggung subsidi?

Berdasarkan laporan Belanjawan 2006 mukasurat 10 dan 15,jumlah kutipan kerajaan drpd Petronas adalah RM39.924billion.Jika ditolak subsidi yang ketika itu berjumlah RM 12billion,maka lebihan hasil kerajaan daripada Petronas adalah RM27.924b.Ini adalah kenaikan dana RM12.82billion berbanding tahun 2005.Harus diingat,anggaran ini dibuat akhir tahun 2005 sebelum subsidi minyak dikurangkan pada Feb 2006 sebanyak RM4billion dan keuntungan Petronas mencecah RM76billion.Jadi pertambahan dana tersebut pasti lebih tinggi.

Pernah sekali dipersoalkan ke mana RM500billion duit keuntungan Petronas hilang.Buat pengetahuan semua Audit Petronas tidak perlu dibentangkan di Parlimen dan Petronas hanya bertanggungjawab pada PM.Audit Petronas tidak pernah dibentangkan secara rasmi.Ini menyebabkan Petronas menduduki tangga tercorot daripada 15 syarikat minyak dan gas dunia dalam satu kajian 'World's Most sustainable And Ethical Companies'.Kajian ini dijalankan oleh Management and Excellant,syarikat perunding gas dan minyak di Sepanyol.Dalam kajian itu,Petronas mendapat 20.15% berbanding Shell 89.01%.

Sekitar 1986,terdapat satu Tabung dipanggil Tabung Warisan Petronas.Tujuan tabung ini adalah bagi membantu kerajaan sekiranya kita menjadi pengimport minyak satu hari nanti.Setiap tahun,sebahagian keuntungan Petronas akan dimasukkan ke dalam tabung ini.Soalnya, berapakah jumlah kutipan tabung ini sekarang dan mengapa ianya tidak pernah didedahkan?

Minyak Malaysia antara yang paling berkualiti di dunia.Harga setong minyak Malaysia adalah 1-2 dolar lebih tinggi dr harga pasaran dunia.Contoh, katalah harga minyak dunia sekarang USD100 setong.Tapi harga minyak Malaysia yang dijual ke luar negara adalah USD102 setong.Lebihan 2 dollar setong ini sudah menghasilkan keuntungan USD438j @ RM1.49billion setahun.

Minyak yang diimport masuk ke Malaysia sebenarnya minyak bermutu rendah.Dengan kata lain,kita ada minyak mahal pegi jual.Lepas tu bagi kat rakyat minyak tak elok.Kitaran penjualan ini menyebabkan peredaran wang USD yang sangat besar.ini menyebabkan jika sedikit masalah berlaku pada matawang US,kita terjejas sama.

Semoleknya,minyak digunakan ke dalam negara dan lebihannya barulah dieksport.Penggunaa n NGV sbg bahan bakar mesti dipertingkatkan bagi mengelakkan tumbuh guna petrol yang terlalu besar dalam negara.Dengan cara itu,minyak kita tidak akan bergantung pada harga ekonomi dunia lagi.Sementelah lagi,PM pernah menyatakan bahawa penggunaan minyak di Malaysia hanyalah 575000 tong sehari,kurang daripada pengeluaran minyak Malaysia sebanyak 650 000 sehari.Taktik ini dipraktikkan di Arab Saudi.Sebab itu,walaupun harga minyak dunia naik,Arab Saudi mampu turunkan harga minyak tempatan.0.35 riyal satu liter.

Kalau kita tengok Qatar,Qatar harga minyaknya RM0.87 seliter @ 80 dirham.Qatar macam kita,pengeksport minyak.Dan kalau kita check Singapura,harga minyaknya RM4.15.Di Indonesia pada 2006,harga minyaknya berada pada paras 4500 rupiah.Ini bersamaan RM1.84.Sila ambil perhatian:Indonesia adalah pengimport minyak.Keluaran minyaknya tidak mencukupi utk menampung keperluan dalam negara.Malaysia pengeksport minyak.Keluaran minyaknya melebihi keperluan tempatan.

Di Indonesia Sudahlah harga petrolnya lebih murah,keretanya pula murah.Toyota Avanza di sana harganya RM40 000.Di sini harganya kira2 RM70000.

Sebagai perbandingan, harga LPG di Malaysia adalah RM1.75 satu kg.Di Thailand RM1.65 satu kg.(Anda boleh rujuk kenyataan media JPM pada 27 Feb 2006).Untuk rekod,Thailand bukan pengeksport LPG.Kita?LPG belambak kat Sarawak nun.

Penipuan yang kerajaan buat tentang hal kenaikan amat jelas.Kerajaan kata subsidi kena hapus perlahan-lahan sebab nanti tak lama lagi rizab minyak akan habis.Jadi rakyat kena berlatih hidup tanpa subsidi.Tapi berdasarkan jawapan bertulis Perdana Menteri di Dewan Rakyat November 2005,rizab minyak negara adalah 5.29billion tong yang boleh kekal sehingga 2024.Ini belum termasuk penemuan telaga baru seperti telaga Pisagan 1A dan rizab gas lainnya terutama di laut Sabah.Bohong tak bohong.

Ingat,jangkaan habis petrol pada 2024 ini dibuat mengambil kira rizab pada tahun 2005 sahaja dan pengeluaran sehari secara purata 750 000 tong.Untuk rekod,pengeluaran sekarang adalah 650 000 tong.

Dan jika diikutkan,kenaikan harga minyak mentah dunia sebenarnya memberikan rahmat besar buat Malaysia.Menurut laporan Asian Development Bank,dalam buku laporan tahun 2007 menyatakan bahawa setiap kenaikan sebanyak USD1 bagi pasaran dunia untuk minyak mentah,kerajaan Malaysia mendapat keuntungan tambahan USD 62juta bersamaan RM210.8 juta.Pada saat minyak kali terakhir dinaikkan RM0.30 satu liter Awal 2006,harga minyak mentah dunia adalah USD70 setong.Kini harganya kira-kira USD96 setong.Bermakna penambahan keuntungan buat kerajaan Malaysia sebanyak USD 1.612 bilion.

Sekarang ayuh kita fikirkan pula mengapa subsidi diturunkan dan keuntungan kerajaan meningkat,masalah kewangan tetap berlaku.Dikatakan duit penjimatan RM4.4billion itu pergi kepada pengangkutan awam.Pergi kpd pengangkutan awam atau pergi pada siapa? Anda kenal Scomi?Scomi Group Berhad adalah milik Kamaluddin bin Abdullah bin Ahmad Badawi.Berdasarkan The Star Online Bizweek 18 Mac 2006,Scomi telah memasuki tawaran untuk Syarikat Prasarana Negara (PNSB) sebanyak RM120 juta bagi membina 400 badan bas dan kontrak RM50j utk pembaikan 1500 gerabak dan landasan KTM.

Ini yang keluar suratkhabar. Yang tak keluar?Skandal PKF Z tu macammana?

Sekarang tuan-tuan nampak duit jimat subsidi itu pergi mana?

Pembailoutan syarikat2 individu seperti MISC dan Scomi milik anak PM dengan jumlah mencecah RM4billion selain pembinaan projek2 mega yang tidak menguntungkan adalah antara punca utama kelemahan kewangan kerajaan.Pemberian subsidi bahan api berjumlah RM14billion pula terlalu banyak menguntungkan Penjana Tenaga Bebas(IPP) seprti YTL,Genting Sanyen dan Powertec milik = Ananda Krishnan,Lim Goh Tong dan Yeoh Tiong Lai.Syarikat- syarikat IPP ini pula telah menandatangani perjanjian berat sebelah dengan TNB yang menghasilkan kerugian sejumlah RM30b kepada TNB...(Tan Sri Ani Arope telah mengesahkan ini....)
Najib kata berjimatlah. Dia duk baiki umah rasmi dia RM5juta.Projek tu dapat kat adik dia tanpa kelulusan JKR.Berjimat apebendanya?

Kata-kata Najib baru-baru ini amat mengelirukan. Negara akan bangkrap jika minyak diturunkan harga.Negara tidak akan bangkrap Najib.Yang bankrap mungkin beliau.

Kesimpulannya, ketelusan, kebijaksanaan menandatangani perjanjian,tadbir urus wang yang baik serta dasar 'tidak pada bail out' dan pembatalan projek mega yang bodoh akan membolehkan harga minyak diturunkan. Nah.... sekarang rakyat yang terpaksa menanggung semua ketidaktelusan mengurus tabdir wang negara... RAKYAT MENJADI MANGSA... SEMUA HARGA BARANG NAIKKKKK.......

Sunday, March 23, 2008

IMAM HADARI ANDA

Image Hosting by Picoodle.com

IMAM HADARI CHEERS TEA O JEPUN, KOREA KOT??



Image Hosting by Picoodle.com

IMAM HADARI SEDANG MENIKMATI MINUMAN TEA O PHILIPPINE KOT??




Image Hosting by Picoodle.com

MACAM KENAL JER KAN!!! TOK IMAM MNA PULA NI??
RASNYA YG SLALU PEGANG KERIS MASA PERHIMPUNAN AGUNG TU KOT??.

ARAHAN HARAM KEPADA PENGETUA2 SEKOLAH

INFO TERKINI DARI KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA DATUK SERI HISHAMUDDIN TUN HUSSEIN MENGARAHKAN SEMUA SEKOLAH2 DI NEGERI2 YG DI PERINTAHI BA
SUPAYA TIDAK MENJEMPUT PENCERAMAH2 ATAU PEMIMPIN2 DARI KERAJAAN BA UNTUK BERCERAMAH.

ARAHAN KERASNYA BERUPA UGUTAN KEPADA SETIAP PENGETUA2 DAN GURU2 BESAR SEKOLAH PERLU DI PATUHI JIKA TIDAK JAWATAN2 MEREKA DALAM KERAJAAN AKAN DI GANGGU GUGAT.
BEGITULAH SELAMAT, AMAN DAN MAKURNYA MALAYSIA KITA HARI INI YG DITABIR OLEH KERAJAAN PILIHAN RAKYAT DARI PARTI UMNO/BN.

BEGITULAH TERDESAKNYA PEMIMPIN2 DARI PARTI UMNO/BN INI MENGUNAKAN KUASA HARAMNYA SETELAH LEBIH 50 TAHUN MEMPENGARUHI BADAN2 KERAJAAN DAN MINDA RAKYAT YG RAKYATNYA RELA MENJADI ROBOT SEBAGAI ALAT KAWALAN OLEH PEMIMPIN2 UMNO/BN ITU SENDIRI.

DENGAN PEMBERIAN KUASA UNDI OLEH RAKYAT PADA PRU KE 12, MEREKA BEBAS MENGGUNAKAN ARAHAN SECARA HARAM DI LIMA NEGERI DAN MENYEKAT KEBEBASAN PENCERAMAH2 AGAMA,PAKAR2 MOTIVASI UNTUK MENAMBAH ILMU KEPADA PELAJAR2 MUDA KITA.

"HIDUP UMNO!!! HIDUP BARISAN NASIONAL"

"HIDUP DATUK SERI HISHAMUDDIN TUN HUSSEIN"

YANG MATI DAN BODOH RAKYAT KITA JUGAK.....AMMAAKKK

MELAYU Bersatu Untuk Kebaikan UMNO??

25 NGO bersatu untuk kebaikan UMNO dan pemimpin2nya saja
bukan bertujuan untuk Perpaduan Bangsa Melayu
selama Umno/BN memerintah Negara dan Negeri tiada satu pun
cadangan menubuhkan Pertubuhan ‘Badan Bertindak Perpaduan Melayu’
begitulah tersepitnya fahaman parti umno yg kini Ibarat tinggal nyawa nyawa ikan yg menunggu ajalnya untuk di goreng pun sodap.

NASIHAT SY KEPADA ORANG2 MELAYU JGN MUDAH TERPEDAYA DGN USAHA BUSUK DAN JIJIK PARTI UMNO INI
BILA PARTINYA DAH TERGUGAT DAN TAK BOLEH CARI MAKAN LAGI
BARULAH MEREKA INGAT KEPADA ORANG2 MELAYU YG SEBANGSA DAN JUGA AGAMANYA MEREKA UNTUK MODAL MERAIH SIMPATI.

TANPA DI SEDARI BANGSA MELAYU INI JUGA TELAH BERSETONGKOL SELAMA 50 TAHUN UNTUK MENJADI ALAT SOKONGAN KEPADA PEMIMPIN2 UMNO
UNDI KITA JUGA YG MEMUDAHKAN MEREKA MENGAUT HASIL KEKAYAAN NEGARA MENURUT HAWA NAFSU RAKUS PEMIMPIN2 MEREKA .


BERITA:

KUALA LUMPUR: Sekumpulan 25 Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) berkaitan orang Melayu, semalam sepakat menubuhkan ‘Badan Bertindak Perpaduan Melayu’ yang bertujuan mengajak orang Melayu tanpa mengira ideologi politik supaya bersatu demi menjaga kepentingan bangsa serta memelihara kesucian Islam.

Penubuhan badan bertindak itu dipersetujui para pemimpin badan amal Melayu dan Islam di Kuala Lumpur menerusi Deklarasi Maulidul Rasul bersempena dengan sambutan Maulidul Rasul, semalam.

Pengerusi Penaja gabungan itu Osman A Bakar berkata semangat perpaduan di kalangan orang Melayu kini semakin terhakis dan ini dapat dilihat menerusi Pilihan Raya Umum ke-12 pada 8 Mac lalu.

— Bernama

Menteri Penerangan - Mahu jumpa penulis blog??

Menteri Penerangan - Mahu jumpa penulis blog ka?? aiyooooo!!!!!

Apa psl ini Datuk Ahmad Shabery Cheek Mahu jumpa penulis blog??
mau kasi Rasuah suruh tulis2 baik2 punya cerita saja psl kirajaan Umno/BN ka??
kadawale2x!!! ini mcm kalu penulis blog mana ada bahan mau kasi tulis lagi dlm blog
sbb Kirajaan UMNO/BN pnya cerita mana ada banyak baik sangat ?? itu psl Utusan Msia & Berita Harian tarak laku...
slalu kasi cerita Kirajaan BN negara Islam Hadari banyak baik, tarak fitnah, tarak pandai mencarut dll laa, tp Kelantan saja Mundur tapi worang Kelantan ramai kaya, dia worang hidup serdehana tp rumah sarupa itu Banglo jugak..

cuba rakyat sundiri pigi tngok lain tumpat yg Kirajaan Negeri BN punya kasi bikin perbandingan laa tarak itu mcm punya
rumah busar 95% rumah Pemimpin umno/Bn dan worang cina dan india kaya itu koroni Umno/BN jugak.

dkt Kelantan rumah busar 95% rumah worang melayu sederhana jugak..
tarak purcaya saya cakap pigi sundiri tngok laaa
sy burani cakap sbb datin seri 3-3 worang, worang Kota Bahru Kelantan jugak....
itu psl sy mau cari lagi 1 datin seri worang Kelantan kasi cukup bini 4 laa....
lagi satu hal sbb dkt Kelantan banyak senang mau cari Tongkat Ali tarak mcm dkt KL ada banyak jual itu Tongkat Pak Lah Hang jugak......ammakkkk


Berita:

KUALA LUMPUR: Pengaruh penulis blog di kalangan rakyat Malaysia tidak boleh dipandang ringan kerana ia kini menjadi trend dan menjadi media alternatif terutama bagi golongan kelas pertengahan.

Menteri Penerangan, Datuk Ahmad Shabery Cheek berkata, pihaknya bercadang untuk mengatur pertemuan dengan penulis terbabit bagi mendapatkan maklum balas, selain membina hubungan dua hala antara kementerian dan penulis.

“Kita memandang berat terhadap media alternatif seperti ini dan melihat mereka berperanan dalam pembinaan negara. Di sebalik pendapat mereka itu, banyak juga perkara positif yang boleh diambil dan kita bercadang untuk berjumpa dengan mereka dalam masa terdekat ini.

“Contohnya, peranan yang mereka mainkan dalam pilihan raya lalu. Ada mesej yang ingin disampaikan kepada kerajaan dimainkan.

“Penulis blog ini mempunyai kepelbagaian dalam cara mereka mendapatkan maklumat. Mereka ini layari Internet dan blog, saya rasa sudah tentulah peranan mereka ini perlu diketahui,” katanya pada sidang media di sini, semalam.

Blog akan mengambil alih peranan akhbar arus perdana

KBS akan bina blog untuk dekati belia
23/03/2008 2:52pm

BERA 23 Mac – Kementerian Belia dan Sukan akan mewujudkan laman blog sendiri untuk mendekati dan berinteraksi dengan golongan belia di negara ini.

Menterinya, Datuk Ismail Sabri Yaacob berkata, blog kini menjadi medium maklumat yang semakin popular dalam kalangan belia dan kewujudannya tidak boleh dipandang ringan ekoran fungsinya cukup berkesan.

"Sekiranya kita terus memperlekehkan kewujudan blog, saya bimbang suatu hari nanti ia akan mengambil alih peranan akhbar arus perdana,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis meraikan pelantikannya sebagai Menteri Belia dan Sukan di Kompleks Rakan Muda di sini malam tadi.

Beliau berkata blog yang akan diwujudkan itu nanti akan disesuaikan dengan kehendak belia iaitu berbentuk ringan dan santai.

Ismail Sabri berkata, kementerian juga akan mengadakan pertemuan dengan pemimpin-pemimpin belia pada hari Selasa bagi mendapatkan maklum balas mengenai kedudukan sebahagian besar pertubuhan belia yang tidak bermaya dan lesu.