Monday, February 16, 2009

BN S'gor desak Elizabeth letak jawatan??

Ketua pembangkang Selangor, (Perancang Utama menjatuhkan maruah Pemimpin/Ahli PR Selangor) Datuk Seri Dr Mohd Khinzir Toyol mendesak ahli exco kerajaan negeri Selangor, Elizabeth Wong supaya meletak jawatan exco dan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Bukit Lanjan, ekoran penyebaran foto-foto bogelnya kepada umum.

"Ini adalah masalah moral. Dulu Datuk Seri Dr Chua Soi Lek pun letak jawatan," katanya kepada Wartawan Garam Singh Halia.

Katanya, apabila perkara yang sama berlaku kepada Dr Chua, pemimpin Pakatan Rakyat mendesaknya supaya meletak jawatan.

"Sekarang mengapa tidak (Elizabeth letak jawatan). Jangan dwi-standard. (Bila) berlaku pada orang tak boleh... (tapi) pada kita tak apa," katanya lagi.

Elizabeth membuat aduan polis tengah malam tadi berhubung penyebaran foto-foto bogelnya kepada umum.

Beliau membuat laporan di balai polis Damansara, Petaling Jaya kira-kira jam 11 malam.

Difahamkan foto-foto yang dirakam tanpa kebenarannya itu berkemungkinan diedarkan seorang bekas teman lelakinya ("yg mengamalkan memakan Tempe untuk menegangkan kulit mukanya") sewaktu beliau sedang tidur.

'Secepat mungkin'

Dr Mohd Khinzir mendesak supaya Elizabeth meletak jawatan "secepat yang boleh".

Dengan berbuat demikian, katanya, ia akan dapat membersihkan nama PKR.

"Jika tidak, ia adalah parti yang tak ada moral seperti jugalah parti UMNO/BN," katanya.

Dr Mohd Khinzir juga berkata, ada kemungkinan pihak PKR tidak membuat saringan peribadi setiap calonnya yang bertanding dalam pilihanraya umum lalu seperti yg dilakukan UMNO dan Barisan Nasional dulu.

Katanya, ini mungkin kerana mereka tidak menyangka akan menang dan menubuhkan kerajaan di Selangor dan sekali gus saya telah tercampak dari jawatan MB Selangor dan menjadi Ketua Pembangkang kerana Adun-Adun dari Parti PAS dan PKR tidak dapat di beli sewenang-wenangnya atau pujuk dengan wang ringgit oleh saya untuk menubuhkan Kerajaan Negeri.

Elizabeth menjadi sasaran kedua oleh Datuk Seri Dr Mohd Khinzir Toyol yang umum tahu ia ditaja Khas oleh Parti UMNO/BARISAN NASIONAL berkaitan dakwaan seks selepas serangan terhadap seorang wakil rakyat PAS, yang juga exco kerajaan negeri, Dr Halimah Ali yang didakwa ditangkap basah di sebuah hotel sekitar Pelabuhan Klang.

Dr Halimah menafikannya dan membuat aduan polis hujung bulan lepas terhadap sekutu Dr Khinzir Toyol dan sebuah laman web pro-Umno berhubung penyiaran tuduhan tersebut.

"Garam Singh Halia" Melaporkan Untuk Buletin Utama TV3 Suku.