Friday, July 18, 2008

Debat isu minyak....PEMENANGNYA...???

Penasihat PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim muncul sebagai "pemenang" debat mengenai kenaikan harga minyak yang disiarkan secara langsung malam tadi, demikian menurut tinjauan pendapat oleh Melayukini.

Tinjauan selama 24 jam itu dimulakan sebaik sahaja perdebatan Anwar dengan menteri penerangan Datuk Shabery Cheek yang berbuih-buih mulutnya cuba mempertahankan dasar kerajaan BN selesai pada jam 10 malam tadi.

Hasilnya menunjukkan pembaca Melayukini percaya prestasi Anwar jauh lebih menyerlah daripada Shabery.

Sejumlah 20,686 pembaca menyertai tinjauan pendapat tersebut, dengan 17,200 atau 96 peratus bersetuju bahawa hujah-hujah Anwar adalah lebih meyakinkan.

Menariknya, walaupun Anwar dilihat lebih menyerlah dalam perdebatan tersebut, tetapi majoriti pembaca (52 peratus) berkata beliau kelihatan bergantung pada notanya.

Shabery pula kelihatan kurang merujuk kepada nota-notanya kerana asyik menyapu buih-buih dicelah bibirnya.

Bagaimanapun, 99.99 peratus pembaca percaya, menteri penerangan itu cuba menegakkan benang basah kerajaan BN, dan cuba mengelak menjawab banyak soalan yang dikemukakan.

Perdebatan selama sejam itu merupakan yang pertama membabitkan seorang menteri dengan seorang tokoh pembangkang yang disiarkan secara langsung di TV semata-mata matlamat dan tujuaannya mencuri "FOMULA" Penasihat PKR itu untuk menurunkan harga minyak.

Datuk Shabery juga menukar teknik kepada menggunakan hal menyentuh peribadi namun "FOMULA" itu masih tidak didedahkan Penasihat PKR itu.

Sementara tinjauan wartawan Melayukini dibelakang pentas setelah selesai debat, kelihatan Datuk Shabery Cheek mengambil ubat jenis penenang, diyakini wartawan ubat sawan yang lebih popular umum sebagai "ubat penyakit gila babi"

Menurut wartawan itu lagi, dia yakin 100% buih-buih dimulut Shabery itu merupakan tanda-tanda awal "sawan babi toyok" yang di alaminya semenjak keluar dari umno dulu dan masuk ke Parti Semangat 46. - petikan tarak burnama.

No comments: